Saudara kita....

on Jumaat, 11 Jun 2010


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya Allah mempermudahkan bagi kami untuk membentuk satu blog khas untuk dikongsikan bersama.
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan kerakusan lanun dunia iaitu zionis laknatullah yang tanpa segan silu menyerang kapal bantuan kemanusiaan 'mavi marvara'. Seramai 20 orang aktivis terkorban didalam kejadian tersebut.
'Sudah jatuh ditimpa tangga'. Hanya ungkapan kata itu yang mampu diberikan buat saudara di Palestin. Terus menerus diperlakukan kezaliman ke atas mereka. Tanah air mereka di rampas, tiada bekalan elektrik, tiada kemudahan hospital, tiada bekalan air, hidup bagaikan penjara. Diseksa..Malah, bantuan yang ingin diterima juga mendapat sekatan yang ketat.

Wahai saudara seislam yang dikasihi,
Didalam hal ini di manakah kita berada? Adakah lebih suka bergoyang kaki melihat dikaca TV penderitaan mereka? Adakah kita merasakan hal ini adalah isu-isu biasa yang setiap kali disiarkan di dada akhbar dan siaran berita? Jika langsung tidak terdetik perasaan kita kerisauan, kepedulian.. Maka periksalah iman kita..

Hal ini kerana Rasulullah pernah bersabda,
"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Siapa sahaja yang mengucapkan kalimah 'lailaahailallah', maka ia adalah saudara bagi setiap muslim. Biarpun berlainan bangsa, bahasa, dan tempat; ia tetap berhak mendapatkan haknya sebagai saudara seiman selagimana iman berada dihatinya.

Apakah tindakan kita didalam merungkai hal ini? Adakah dengan perjuangan senjata?Di sini kita harus diperhalusi apakah yang saudara kita mahukan dari kita.

Di sini terdapat beberapa cara untuk kita hulurkan bantuan buat saudara palestin..
  1. Mengambil peduli hal dunia Islam khasnya Palestin
  2. Memboikot barangan Israel
  3. Mennyebarluaskan isu Palestin kepada orang ramai
  4. Menghulurkan bantuan kepada tabung Palestin
  5. Mendoakan kejayaan umat Islam dan Palestin
Imam Al-Banna mengungkapkan isu Palestin seperti berikut:
“Kecintaan kepada Palestin telah menempati di dalam jiwa kita secara ruhi dan kudus mengatasi kecintaan tanahair sendiri. Allah telah menganugerahkan kita kemuliaan Baitul Maqdis yang penuh berkah kerana keberkatan para nabi dan siddiqin dan tempat kelahiran Nabi Isa AS. Semua itu mampu menghidupkan jiwa dan membangkitkan ruh.

“Palestin adalah jantung tanah air kita, denyut nadi negeri kita, dan pati dari modal kita, pangkal perpaduan dan kesatuan kita, dan atasnya pula tergantung kemuliaan Islam atau kehinaannya”

Ayuh kita kobarkan semangat.. Bersatu menegakkan Islam di mata dunia..Takbir!

0 comments:

Catat Ulasan